Saturday, March 9, 2013

Jerai Sanctuary Homestay

Jerai Sanctuary Homestay (JSH) dibina atas sebidang tanah seluas 1 hektar di kawasan kampung di kaki Gunung Jerai, Gurun, Kedah. Terletak dilokasi kira-kira 100meter daripada pusat peranginan Gunung Jerai dan jalan utama Sungai Petani - Alor Star.



Dibina bercirikan Inggeris, Jerai Sanctuary Homestay terdiri daripada 2 unit rumah - 2 tingkat dan 1 tingkat. Rumah 2 tingkat dikenali sebagai Rumah Tanjong manakala 1 tingkat adalah Rumah Seroja. Kemudahan setiap tingkat boleh di rujuk pada link yang diberikan.

Beberapa kemudahan masih lagi dalam perancangan untuk keselesaan penginap. Antara kemudahan yang telah dibuat dan akan dibina boleh rujuk pada link disini.

Disekitar homestay ini di tanam pelbagai hiasan dan pokok buahan. Antaranya pokok manggis, rambutan, tin, kelapa, pelbagai jenis buluh, janggus... Penginap boleh menikmati buah-buahan yang ditaman jika kena pada musim berbuah.

Dihadapan rumah homestay terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak dan dewasa yang masih dalam pembinaan. Manakala ditengah tanah, dibina sebuah tasik buatan yang dipenuhi oleh pokok teratai. Terdapat juga pelbagai spesis burung terbang dan singgah seketika di tasik buatan mencari makanan sebelum meneruskan perjalanan

Homestay yang dibina atas tanah persendirian ini amat sesuai jika datang bersama keluarga besar atau berkumpulan. Penginap boleh melapangkan fikiran.. rehat.. menikmati pemandangan indah Gunung Jerai terutama diawal pagi, lewat petang atau berjalan kaki mendaki Gunung Jerai melalui laluan bertar.



Moga Jerai Sanctuary Homestay menjadi pilihan sekeluarga dan kenalan.

No comments:

Post a Comment