Thursday, March 12, 2015

Tutup Operasi

Terima kasih kerana singgah blog homestay ini.

 photo Tutup2.png

Untuk makluman homestay ini telah di tutup dan tiada perkhidmatan penginapan di tawarkan.

 photo Tutup1.jpg

Saturday, March 9, 2013

Jerai Sanctuary Homestay

Jerai Sanctuary Homestay (JSH) dibina atas sebidang tanah seluas 1 hektar di kawasan kampung di kaki Gunung Jerai, Gurun, Kedah. Terletak dilokasi kira-kira 100meter daripada pusat peranginan Gunung Jerai dan jalan utama Sungai Petani - Alor Star.



Dibina bercirikan Inggeris, Jerai Sanctuary Homestay terdiri daripada 2 unit rumah - 2 tingkat dan 1 tingkat. Rumah 2 tingkat dikenali sebagai Rumah Tanjong manakala 1 tingkat adalah Rumah Seroja. Kemudahan setiap tingkat boleh di rujuk pada link yang diberikan.

Beberapa kemudahan masih lagi dalam perancangan untuk keselesaan penginap. Antara kemudahan yang telah dibuat dan akan dibina boleh rujuk pada link disini.

Disekitar homestay ini di tanam pelbagai hiasan dan pokok buahan. Antaranya pokok manggis, rambutan, tin, kelapa, pelbagai jenis buluh, janggus... Penginap boleh menikmati buah-buahan yang ditaman jika kena pada musim berbuah.

Dihadapan rumah homestay terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak dan dewasa yang masih dalam pembinaan. Manakala ditengah tanah, dibina sebuah tasik buatan yang dipenuhi oleh pokok teratai. Terdapat juga pelbagai spesis burung terbang dan singgah seketika di tasik buatan mencari makanan sebelum meneruskan perjalanan

Homestay yang dibina atas tanah persendirian ini amat sesuai jika datang bersama keluarga besar atau berkumpulan. Penginap boleh melapangkan fikiran.. rehat.. menikmati pemandangan indah Gunung Jerai terutama diawal pagi, lewat petang atau berjalan kaki mendaki Gunung Jerai melalui laluan bertar.



Moga Jerai Sanctuary Homestay menjadi pilihan sekeluarga dan kenalan.

Thursday, March 7, 2013

Saturday, March 2, 2013

Rumah Tanjong

Rumah 2 tingkat dibina bercirikan rekaan Inggeris. Bersaiz 40 x 40. Pada tingkat bawah ia dilengkapi 1 katil kelamin, set sofa, satelit TV dan stor untuk bagasi.

Pada tingkat atas, terdapat 1 katil, penghawa dingin, 2 kerusi rotan untuk bersantai dan menikmati pemandangan tasik dan Gunung Jerai.

Sekitar Rumah

Tingkat Bawah Katil buatan sendiri. Dibina menggunakan kayu cengal buangan. Tangga ke tingat atas. Kelihatan stor untuk bagasi dibawah tangga.

Tingkat Atas Katil binaan sendiri Pemandangan tasik buatan Pemandangan Gunung Jerai

Rumah Seroja

Rumah satu tingkat dibina berbentuk tiga segi. Bersaiz 40 x 40 dan 1 unit air-cond. Terdapat 1 katil bujang dan boleh dimuat 1 katil kelamin lagi untuk keluarga yang besar. Kelengkapan dapur asas seperti dapur, sinki, rak pinggan, peti ais, pinggan dan cawan juga terdapat di rumah seroja.

Sekitar Rumah

Ruang dalaman Laluan ke dapur Ruang dapur Laluan ke rumah Tanjong

Pemandangan

Pemandangan sekitar homestay Jerai Sanctuary

Kolam Kolam masih dalam pembinaan

Pokok buah-buahan Pokok buah-buahan. Boleh dinikmati jika kena pada musim

Tasik buatan Tasik buatan. Dikorek oleh jenkaut dan ditanam pokok teratai Pandangan dari pulau dikelilingi oleh tasik buatan.

Rumah Tanjong Masih dalam peringkat awal. Ditaman pada dinding rumah Tanjong Pokok buah Tin

Kemudahan

Antara kemudahan yang terdapat di sini.

Tandas

2 tandas luaran. Terletak diantara dua rumah. Mudah diguna jika melakukan aktiviti luaran seperti barbeku bersama keluarga.

Bangku

Bangku dibuat daripada kepingan kayu cengal. Terletak dihadapan rumah Tanjong. Sesuai untuk aktiviti santai dan nikmat keindahan alam.

Kolam
Terdapat dua kolam untuk kanak-kanak dan dewasa. Kedalaman kolam dewasa adalah 2 meter. Ianya masih dalam pembinaan berhadapan dengan Gunung Jerai

Dapur BBQ beserta meja hidang
Dapur untuk barbeku beserta meja hidang dan pili air. Terletak berdekatan kolam.

Satelite TV


Pokok buahan
Terdapat pelbagai pokok buah-buahan antaranya manggis, rambutan, tin dan mempelam. Boleh nikmat jika kena dengan musim